Alumni Samten (1286-08-SEL)

BLOG INI TELAH DIPINDAHKAN KE LAMAN BLOG YANG BARU. SILA LAWATI LAMAN BLOG YANG BARU DI alumni-samten.blogspot.com/

Wednesday, April 8, 2009

blog baru

Assalamulaikum,

kepada semua bekas warga samten, kami telah berpindah ke laman blog baru.... untuk seterusnya sila klik disini

kami mohon maaf diatas perubahan ini.

Sunday, April 5, 2009

E-mail

Assalamulaikum,

Kepada semua bekas pelajar SAMTEN, disini saya memohon agar dapat diberikan alamat email kepada pihak kami agar pihak kami dapat menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan dengan Persatuan Alumni Sekolah Agama Hulu Langat terus masuk ke inbox email saudara sekelian.
InsyaAllah, dengan adanya maklumat email saudara-saudara sekelian, kami harap agar maklumat-maklumat yang ingin disampaikan tidak terlepas dari pengetahuan saudara-saudara.

Saudara-saudara sekelian bolehlah menghantar email kepada kami dengan tajuk " Maklumat email alumni" kepada alumni_samten@yahoo.com dan nyatakan batch saudara.


sekian, terima kasih.

Tuesday, March 24, 2009

Aktivit Alumni

Assalamulaikum,

Malam tadi (24.03.2009) telah diadakan satu mesyuarat berkenaan dengan aktiviti yang bakal dijalankan sehingga mesyuarat agong kali pertama diadakan.
Setakat ini hanya 2 aktiviti yang bakal dilaksanakan.

1. Pertandingan bowling - Akan diadakan pada 10 Mei 2009 . InsyaAllah ia juga akan melibatkan guru-guru SAMTEN. Dijangka diadakan di South City Plaza Seri kembangan. InsyaAllah, Maklumat lanjut akan diberikan selewat-lewatnya hujung minggu ini. Kaunter pendaftaran juga akan dibuka.

2. Mesyuarat Agong Kali-1 - Dijangka diadakan pada 28 Jun 2009 jam 10.00 pagi. Bertempat di Dewan Az-Zamakhsyari, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. InsyaAllah, mesyuarat akan dirasmikan oleh Yg. Berbahagia Al-Fadhil Ust. Manaf Bin Rofei (Mantan Pengetua Pertama). Pendaftaran juga akan dibuka pada hari tersebut. Antara agendanya ialah memilih Jawatankuasa Yang Baru.

Sekian dulu maklumat yang dapat disampaikan. InsyaAllah saya akan mengemaskini jika terdapat maklumat yang baru.

Saturday, March 21, 2009

Salam Ukhwah

Assalamualaikum.

Salam ukhwah buat semua bekas pelajar Samten. Sejak dari Idul Adha saya tidak sempat untuk mengemaskini blog ini atas sebab yang tidak dapat dielakan.

InsyaAllah, selepas mesyuarat yang akan diadakan pada 24 Mac ini berlangsung saya akan cuba mengemaskini blog ini dengan aktiviti yang dirancang untuk tahun ini (sekurang-kurangnya sehingga Jun 2009).

Walaubagaimana pun yang pasti InsyaAllah Mesyuarat Agong (AGM) akan dilangsungkan selewat-lewatnya penghujung Jun ini. Ini kerana undang-undang tubuh pertubuahn ini mengkehendaki Mesyuarat Agong Dilaksanakan selewat-lewatnya Sebelum Julai. Walaupun keahlian masih tidak memuaskan, insyaAllah AGM akan tetap diteruskan. Jadi kepada sesiapa yang masih belum mendaftar adalah disarankan berbuat secepat yang mungkin.

InsyaAllah, pada mesyuarat Selasa ini, saya akan usulkan supaya mereka yang mendaftar pada hari AGM dilangsungkan dibenarkan untuk dilantik dan melantik. Dengan kata lain keahlian diluluskan pada ketika itu juga, InsyaAllah.

Sunday, December 7, 2008

I'dul Adha

Allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar walillahilhamd,

Salam I'dul Adha buat semua bekas warga samten dari AJK penaja Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, semoga pengorbanan kita sepanjang tahun untuk islam dan negara mendapat keberkatan dan kerahmatan dari-Nya.
Kepada mereka yang sedang menunaikan haji pada tahun ini, kami semua doakan agar mendapat haji yang mabrur.

Pulanglah ke kampung dengan hati yang tenang semoga perjalan anda semua selamat.

Salam I'dul Adha.

Tuesday, November 11, 2008

SIJIL PENDAFTARAN


Sunday, September 28, 2008

SALAM I'DULFITRI

SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN YANG TELAH MENYEMPURNAKAN RAMADHAN BUAT KITA DAN MENEMUKAN KITA DENGAN SYAWAL YANG BERBAHAGIA.
SOLAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR PENGHULU KAMI MUHAMMAD S.A.W DAN SELURUH SAHABAT BAGINDA A.S
KESEMPATAN INI AJK PENAJA ALUMNI INGIN MENGUCAPKAN SALAM I'DULFITRI BUAT SEMUA BEKAS WARGA SAMTEN SAMADA BEKAS PELAJAR ATAU BEKAS GURU YANG BANYAK MENABUR JASA DAN BAKTI.
AJK PENAJA JUGA MEMOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN JIKA TERDAPAT SALAH DAN SILAP SEPANJANG MENGENDALIKAN ALUMNI DAN BLOG INI.
AKHIR SEKALI, KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT PULANG KE KAMPUNG, PANDULAH BERHATI-HATI SEMOGA KITA DAPAT BERTEMU DENGAN ORANG YANG TERSAYANG DAN DIRINDUI.
SALAM E'ID MUBARAK