Alumni Samten (1286-08-SEL)

BLOG INI TELAH DIPINDAHKAN KE LAMAN BLOG YANG BARU. SILA LAWATI LAMAN BLOG YANG BARU DI alumni-samten.blogspot.com/

Tuesday, January 1, 2008

Salam Pengenalan


Assalamualaikum dan salam perkenalan buat semua bekas warga Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (SAMTEN),

Segala puji bagi ALLAH tuhan pentadbir alam.
Selawat dan puji ke atas junjungan besar Nabi Muhammaad penghulu segala nabi.
Blog ini diwujudkan sebagai medan untuk menyampaikan maklumat berkenaan dengan Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (SAMTEN), nama persatuan yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa penaja (saya akan maklumkan lebih lanjut berkenaan dengan mesyuarat penaja tersebut pada masa yang lain).

Jawatankuasa berharap agar blog ini akan menjadi medium penyebaran maklumat berkaitan dengan alumni SAMTEN sebelum satu laman WEB dapat di wujudkan. Jawatankuasa juga berharap agar bekas warga SAMTEN dapat menghebahkan berkenaan dengan laman blog ini kepada semua bekas warga SAMTEN agar penyampaian maklumat dapat diterima pada bila-bila masa dan tempat.

Secara umumnya, laman blog ini diiktiraf sebagai sumber yang SAH dalam penyampaian berita dan maklumat berkenaan dengan alumni SAMTEN.

Untuk pengetahuan semua, Persatuan Alumni ini sedang menjalani proses penyuntingan perlembangaannya dan pengisiian borang untuk didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan. Oleh yang demikian, jawatankuasa berharap kepada semua bekas warga SAMTEN mendoakan agar pendaftaran untuk menubuhkan Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat dipermudahkan dan seterusnya kita dapat menjalankan aktiviti dalam menjayakan persatuan ini.

Akhir sekali, Jawatankuasa Penaja menyeru kepada semua bekas warga SAMTEN samada pelajarnya, gurunya dan kakitangangnya dapat menjadi ahli persayuan alumni ini dan menjadikannya sebagai salah satu persatuan alumni yang paling berjaya di Malaysia.


p/s : keahlian akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat ini setelah semua proses penyuntingan borang keahlian dan akaun amanah telah dibuka.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home